Pendahuluan
Media adalah segala sesuatu yang dapat menyalurkan informasi
dari sumber informasi kepada penerima informasi. Oleh sebab itu, media
memainkan peranan penting dalam membentuk satu Negara yang kukuh dari segi
ekonomi, politik dan social. Ini kerana, segala informasi yang dapat disalurkan
dengan mudah dan ini membantu proses pembangunan dalam setiap industri. Kita
ambil industri pertanian sebagai contoh dimana pengusaha-pengusaha petani perlu
mengiklankan hasil pertanian mereka agar meraka dapat menjana keuntungan
daripada hasil pertanian. Dengan adanya platfom media seperti surat khabar,
majalah dan televisyen, para petani ini dapat mengiklankan hasil pertanian
mereka kepada orang awam. Dengan ini,
hasil pertanian para petani ini akan menjadi popular dan peluang untuk mereka
menjana keuntungan juga tinggi.
Definisi Ahli Akademik
Media
sering dikaitkan dengan teknologi komunikasi. Ini kerana teknologi komunikasi
adalah satu aspek penting dalam pembentukan media. Tanpa teknologi komunikasi,
maka proses media bekerja akan menjadi lambat dan tidak efisyen. Oleh sebab
itu, kita sering lihat teknologi komunikasi semakin berkualiti dari semasa ke
semasa. Dahulu orang mengunakan majalah, surat khabar dan radio sebagai wadah
utama dalam media tetapi sekarang pelbagai jenis teknologi lahir bagai cendawan
tumbuh selepas hujan seperti komputer, telefon digital, dan media sosial. Teknologi
kominikasi kian maju sehingga timbul satu fenomena dalam industri media
komunikasi yang dipanggil “Media Baru”. Persoalannya sekarang apakah maksud
“media baru” ini.
Apabila
ditanya tentang maksud “Media Baru”, perkara pertama yang lahir di benak
fikiran saya adalah Internet. Ini kerana, Internet adalah satu teknologi yang
berjaya memudahkan dan melajukan proses komunikasi. Seperti contoh kelas Adobe Connect yang saya hadapi di
penggal pertama di Rochester Institute of
Technology (RIT) yang saya kira memudahkan para pelajar dan pensyarah.
Dengan menggunakkan Adobe Connect kelas dibuat secara online. Ini bermaksud para pelajar dan pensyarah boleh hadir ke
kelas dimana jua mereka berada. Akan tetapi, selepas melakukan kajian dengan
teliti, saya sedar bahawa saya perlukan rujukan yang berkualiti untuk
mendefinisikan perkara ini.
Media Baru boleh dirujuk sebagai sekumpulan
technologi yang melahirkan wadah interaksi kepada pengguna. Merujuk kepada
Socha dan Eber-schmid (2012) dalam artikel mereka “Defining new media isn’t easy”, media baru tidak termasuk
televisyen, filem, buku atau majalah melainkan ia mempunyai teknologi yang
membenarkan interaksi kepada pengguna. Mengikut pendapat saya, hal ini memang
benar kerana pengguna akan lebih tertarik untuk mengunakan komunikasi jenis ini
kerana ia memberikan peluang kepada mereka untuk mengeluarkan pendapat mereka.
Dalam
perspektif yang lain, Lister, Dovey, Giddings, Grant, and Kelly (2009)
mendefinisikan media baru dalam cara yang unik. Pada mereka, media baru merujuk
kepada perubahan skala besar dalam media produksi, penyebaran dan penggunaan. Ini
bermaksud melalui media baru, tahap efisyen terhadap sesuatu perkara dalam
media produksi, penyebaran dan pengunaan akan bertambah bermutu. Kita boleh
ambil contoh sekumpulan artis seni yang dikenali sebagai “Factum-Arte” yang
mana pekerjaan mereka ialah membaik pulih seni lama seperti monument dan arca
terdahulu. Proses membaik pulih arca ini mengambil masa yang sangat lama. Akan
tetapi melalui media baru, pelbagai jenis teknologi seperti komputer super dapat
membantu mereka menjalani proses membaik pulih dengan cepat. Hal ini
menyebabkan satu perubahan besar dimana sebelum adanya komputer canggih
produksi membaik pulih sangat lama dan hampir mustahil. Akan tetapi kehadiran
teknologi canggih membantu untuk menghasilkan projek yang bermutu dan efisyen
Pendapat Saya
Pada
pendapat saya, media baru merujuk kepada pertumbuhan teknologi komunikasi yang
baru dan canggih. Hal ini kerana kita dapat lihat dari dua perspektif yang
berlainan bersetuju bahawa kehadiran technologi penting dalam media baru.
Teknologi komunikasi yang bermutu ini menyebabkan satu lagi perkara yang sering
disebut iaitu globalisasi. Dengan adanya globalisasi, urusan komunikasi tidak
terhad terhadap sesuatu Negara sahaja. Urusan komunikasi ini berkembang kepada
seluruh pelusuk dunia. Kita boleh mendapat apa jua maklumat yang kita mahu
hanya dengan menekan butang sehingga pada satu tahap kita boleh katakan segala
informasi di hujung jari.
Tambahan pula, teknologi komunikasi
digital seperti jaringan sosial juga salah satu pertumbuhan teknologi
komunikasi yang baru dan canggih. Jaringan Sosial atau dikenali sebagai Social Network didefinisikan sebagai
servis berbentuk jaringan internet yang membenarkan seseorang untuk mencipta
profil awam atau semi-awam dalam satu system yang bersempadan (Boyd dan
Ellison, 2007, P 4). Perkataan jaringan atau “Networking”, mengikut Boyd dan
Ellison, merujuk kepada permulaan kepada satu perhubungan yang selalunya
berlaku kepada orang asing. Dengan ini, jaringan sosial seperti facebook.com
dan sebagainya memberikan peluang kepada pengguna untuk berkongsi maklumat
mereka dengan orang lain yang dikira mempunyai perhubungan walaupun sangat minimal. Oleh itu, ini dapat membantu
pengguna untuk terus berhubung sesame mereka walaupun bertemu haya seketika.
TIdak sekadar itu, kebenaran yang jaringan sosial ini berbentuk Internet, maka
pengguna dapat berinteraksi sesama mereka walau dimana jua mereka berada tidak
kira tempat mahupun masa selagi ada jaringan internet. Jaringan sosial ini pula
sering bertambah maju kerana kita sering lihat pelbagai jenis syarikat lahir
melibatkan jaringan sosial dan teknologi mereka juga bertambah bermutu. Kita
dapat lihat facebook.com semakin popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia
yang mana sebelum ini banyak menggunakan Friendster.com dan juga myspace.com. Ini menunjukkan bahawa
adanya pertumbuhan teknologi kearah mutu yang tinggi yang juga saya rujuk
sebagai media baru.
Sebagai
konklusi, media baru merupakan sesuatu yang sangat sukar untuk didefinisikan.
Persoalan tentang apa itu media baru tidak akan memberikan satu maksud yang standard kerana masing-masing ada
perspektif dan pendapat yang berbeza. Walauapapun, media baru mempunyai potensi
yang sangat tinggi dalam apa jua industri sekarang terutamanya di Negara
ekonomi campur seperti di Malaysia.